Posts

Showing posts from January, 2019

Grab PSV : Patutkah Saya Mengambil Lesen PSV Untuk Memandu Sebagai Pemandu Grab Atau E-Hailing Lain?

Image
PATUTKAH ANDA MENGAMBIL LESEN PSV UNTUK MENERUSKAN PEKERJAAN GRAB DRIVER? Apakah itu PSV? PSV adalah short form kepada Public Service Vehicle. Lesen ini adalah wajib jika anda mengambil penumpang atau barangan yang berbayar atau lebih mudah dikenali sebagai Lesen Teksi, Lesen Bas Adakah PSV wajib untuk diambil sebelum mendaftar Grab? Sementara tidak ada lagi jawapan yang  muktamad  sama-ada kategori E-hailing adalah  SAMA  dengan kategori Jurupandu (JP) dan teksi. Pihak Grab masih berbincang dengan SPAD/APAD, JPJ dan Kementerian Pengangkutan untuk mencapai persetujuan yang munasabah dan adil kepada para pemandu Grab dan E-hailing lain. Dari info dalam, pihak Grab bercadang untuk memperkenalkan kategori PSV E-hailing sebab kebanyakan pemandu Grab hanya memandu secara Part Time. Proposal SPAD 2018 Bilakah undang-undang PSV akan dilaksanakan terhadap pemandu E-hailing?  Secara Rasminya, 12hb Julai 2019 adalah hari terakhir dari Menteri Kementerian Pengangkutan, Ant

Patutkah Anda Memandu Sebagai Grab Driver? (Tips2 Penting Untuk Memastikan Pekerjaan Ini Sesuai Untuk Anda!)

Image
PATUTKAH ANDA PANDU GRAB? Keadaan ekonomi sekarang amat mendesak rakyat Malaysia untuk mencari sumber pendapatan kedua. Tetapi apakah pekerjaan sambilan yang sesuai untuk anda selain dari menjadi agen topup, agen insuran, agen hartanah dan sebagainya? Grab Driver. GrabCar Driver merupakah pekerjaan part time dan full time yang paling popular sejak 2015. Bukan sekadar popular di dalam bidang pekerjaan, ia juga telah menimbulkan banyak kontroversi di internet terutamanya Facebook. Salah satu sebab Grab Driver popular adalah kerana  pendaftaran  untuk menjadi pemandu Grab Driver adalah sangat mudah dan anda juga tidak perlu bersusah payah untuk pergi interview seperti pekerjaan lain. Untuk mendaftar sebagai pemandu Grab, anda hanya perlu ada kereta sendiri (2008 ke atas) dan daftar melalui  link  ini, kemudian akaun pemandu Grab Driver anda akan diaktifkan dalam masa 24-jam. Selepas akaun anda sudah aktif, anda boleh terus online aplikasi Grab Driver anda. Sekarang, saya aka